Bengkel Kereta Xtreme

...adalah sebuah blog yang akan memaparkan perihal kereta...

  

Wednesday 21 December 2011

'Micro Compressor'

Adakah anda pernah terdengar mengenai 'micro compressor'? Saya percaya ada diantara telah pun 'familiar' dengan 'micro compressor'. Tetapi, bagi mereka yang baru mengenal dunia kereta, disini ada beberapa keterangan tentang 'micro compressor' ini.

'Micro compressor' merupakan suatu alat komponen tambahan bagi enjin yang ringkas, namun, mampu memberikan keputusan yang serta-merta dengan berkesan kerana telah dibina berdasarkan konsep dan teori yang canggih. Micro compressor mampu memberikan pemilik sesebuah enjin tahap prestasi dan tindakbalas yang lebih baik, terutama sekali ketika membuat pecutan.


Tidak juga hanya untuk prestasi enjin, malah 'micro compressor' juga mampu mengurangkan pengunaan petrol sehingga lebih kurang 35%. Ini berlaku kerana 'micro compressor' bertindak menyedut kemasukkan udara dengan kuantiti yang banyak ke bahagian dalaman enjin sewaktu proses pembakaran dilakukan. 



Selain itu, 'micro compressor' juga dipercayai dapat memanjangkan usia penggunaan palam pencucuh dan minyak enjin dengan proses pembakaran yang lebih bersih dan sekaligus berjaya mengurangkan sisa buangan. Ini telah dibuktikan melalui ujian yang telah dilakukan oleh PUSPAKOM, bahawa, dengan penggunaan 'micro compressor', ujian telah menunjukkan pengurangan tahap pencemaran yang berlaku. PUSPAKOM juaga telah meluluskan bahawa 'micro compressor' ini adalah sebuah alat yang mesra alam. 


Penggunaan 'micro compressor' adalah amat mudah dipasang dan sesuai digunakan dimana-mana kereta kerana ia dibina dengan rekaan yang kompak serta innovatif yang disertakan bersama dengan buku panduan pemasangan.


Hasil rekaan teknologi Jerman ini, 'micro compressor' diketahui umum, mampu menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna yang merupakan salah satu faktor terpenting dalam menghasilkan lebihan kuasa enjin. Sekaligus berjaya memanjangkan jangkahayat enjin kerana pengumpulan karbon dapat dikurangkan atas proses pembakaran yang sempurna tadi.


Dengan itu, 'micro compressor' adalah sebuah alat yang terbukti ekonomik dan praktikal untuk digunakan ke atas setiap kenderaan yang mampu memberikan tenaga tambahan serta menjimatkan penggunaan minyak mahupun diesel.

Tuesday 20 December 2011

Kadar Perkiraan 'Heat Range' Palam Pencucuh

Dalam menentukan kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh, setiap pengeluar enjin biasanya akan menentukan jenis palam pencucuh yang dianggap paling sesuai dengan aplikasi enjin mereka.


Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh biasanya boleh dikenalpasti melalui kod-kod yang tertera pada bahagian tepi insulator atau penebat pada sesuatu palam pencucuh tersebut. 




Kebiasaannya, kod nombor yang semakin besar menunjukkan kadar perkiraan 'heat range' semakin tinggi. Bermaksud, jika semakin besar nombor-nombor kod tersebut, maka semakin tinggi suhu operasi palam pencucuh tersebut. 


Tetapi, hal ini tidak juga selalu berlaku. Ada sesetengah pengeluar menggunakan spesifikasi yang sebaliknya. Iaitu, semakin besar kod nombornya, kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh itu semakin rendah suhu operasinya. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti pengeluar palam pencucuh jenama Nippon Denso dan juga NGK.



Kadar perkiraan 'heat range' palam pencucuh adalah amat penting dan perlu dititikberatkan, kerana ianya dapat memastikan setiap proses pembakaran yang berlaku adalah lebih sempurna berdasarkan kiraan tekanan dalaman enjin atau 'compression'.

Palam Pencucuh

Palam pencucuh merupakan bahan utama di dalam sistem pembakaran atau lebih dikenali dengan 'combustion'. Palam pencucuh ataupun 'plug' secara asasnya terbahagi kepada 3 jenis yang berbeza, iaitu, 'panas', 'sejuk' dan 'normal'.


Palam pencucuh jenis 'panas' akan bertindak secara perlahan-lahan mengalirkan haba dari bahagian 'tip' yang menghasilkan suhu yang lebih tinggi. Dalam waktu yang sama, palam pencucuh jenis 'panas' ini akan membakar lebihan bahan bakar yang menjadikan ianya satu proses pembersihan sendiri.



Berbeza dengan palam pencucuh jenis 'panas', palam pencucuh dari jenis 'sejuk' pula mempunyai 'tip' yang lebih pendek bagi memudahkan ia berfungsi dengan lebih baik pada kadar suhu yang lebih rendah. 'Tip' palam pencucuh jenis 'sejuk' dibina dengan lebih pendek bagi memudahkan ianya dapat mengalirkan haba dengan lebih cepat yang akan menghasilkan kadar suhu yang rendah. Kebiasaannya, palam pencucuh jenis 'sejuk' ini sesuai dan banyak digunakan pada kenderaan enjin yang beroperasi dalam kelajuan tinggi. Ini kerana, 'tip' bersuhu rendah ini dapat menghindarkan berlakunya 'overheating' serta 'pre-ignition' dari berlaku ke atas enjin tersebut. 



Bagi corak operasi enjin yang bercampur dari kelajuan rendah berserta dengan kelajuan tinggi, palam pencucuh jenis 'normal' adalah yang paling sesuai digunakan. Ini kerana, palam pencucuh jenis 'normal' adalah 'standard' untuk semua kegunaan kenderaan biasa. 


Dengan itu, bagi kedua-dua palam pencucuh dari jenis 'panas' dan 'sejuk' boleh dikatakan lebih sesuai untuk pemanduan pada tahap berkelajuan tinggi dan corak pemanduan yang lebih khusus.

Monday 19 December 2011

Sistem Penyejukkan Enjin

Bertemu lg kita kali ini...dengan artikel tentang sistem penyejukkan enjin. Apa yang anda tahu mengenai sistem penyejukkan enjin?? Ya..bagi kaum Adam..pasti mereka tahu apa itu sistem penyejukkan enjin..tapi..adakah mereka benar2 tahu bagaimanakah sistem ini berfungsi? Dan apakah kepentingan sistem penyejukkan enjin ini? Bagaimana ingin menjaga atau menyelenggara sistem penyejukkan enjin ini?? Haa...jadi..disini sy mencoretkan serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..bukanla hebat sgt ilmu nie...sekadar tahu atas dasar membaca dan bertanya...(tolong betulkan jika ada kesilapan)..


Sistem penyejukkan enjin ini, kalau kita lihat, terdapat di semua jenis kenderaan termasukla kenderaan udara, air mahupun darat. Dengan itu...sistem penyejukkan enjin ini adalah amat penting bagi memastikan enjin kenderaan kita dapat bertindak dan berfungsi pada tahap prestasi yang maksimum. 


Penggunaan dan fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah untuk memastikan enjin kenderaan akan sentiasa beroperasi dengan cekap dan baik apabila berada pada kadar tahap suhu tinggi yang setara. Ia juga mengelakkan enjin kenderaan tidak akan mudah menjadi terlalu panas dan boleh merosakkan enjin kenderaan anda. Sistem penyejukkan enjin ini bertindak dengan melepaskan haba yang dihasilkan ke udara. Senang kata, fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah bagi mengawal tahap kepanasan enjin kenderaan anda. Memanaskan enjin dalam waktu yang singkat dan mengawal suhu tersebut supaya kekal dengan setara...mudahkan?? Tentu anda dah faham sekarang serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..


Okla...sekarang kita lihat pula bagaimana asas sistem penyejukkan enjin nie..Sebenarnya, bahan bakar seperti petrol akan terus tebakar secara tetap di dalam enjin kenderaan kita dan menyalurkan haba yang dihasilkan melalui lubang ekzos. Tetapi adakah anda tahu..bahawa terdapat sedikit peratusan dari haba tersebut akan terus meresap ke dalam enjin dan meningkatkan suhunya??


Menurut kajian teori, enjin yang baik akan terus berada pada tahap suhu kekal 93 darjah celcius atau 200 darjah fahrenheit. Diwaktu ini, pengurangan pancaran akan berlaku dimana, kebuk pembakaran adalah cukup panas untuk mengewap bahan bakar yang disebabkan oleh pembakaran berlaku dengan lebih baik. Enjin kenderaan juga mampu bergerak dengan lebih baik disebabkan oleh minyak pelincir menjadi lebih cair sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga untuk menggerakkan komponen2 enjin tadi dan akan mengurangkan berlakunya 'kehausan' terhadap komponen2 tersebut dengan cepat..




Sistem penyejukkan enjin juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, sistem penyejukkan cecair dan juga sistem penyejukkan udara atau lebih dikenali dengan air-cooled. Kebiasaannya, sistem penyejukkan enjin jenis cecair terdapat pada kebanyakan kenderaan sekarang. Dimana, sistem penyejukkan enjin jenis ini menggunakan teknik membawa cecair yang terdapat di dalam radiator, yang kemudian disalurkan melalui 'waterpump' ke dalam sistem paip enjin dan melalui bahagian2 enjin, lalu menyerapkan haba tersebut dan menyejukkannya.


Ini berlaku secara kitaran. 'Waterpump' akan menghantar cecair yang terdapat di dalam radiator ke 'cylinder head' melalui sistem paip yang terdapat di dalam enjin. Cecair2 tersebut pula akan melalui termostat (pengawal suhu) dan menghantarkannya kembali ke radiator apabila termostat td berada dalam keadaan terbuka. Haba2 yang dibawa kembali ke radiator, akan dihembus oleh angin melalui gegelung2 yang terdapat pada radiator yang lebih dikenali dengan sistem 'heat-exchanger'. Dengan ini, suhu enjin akan sentiasa dapat dikawal.




Berbanding dengan sistem penyejukkan cecair, sistem penyejukkan enjin yang menggunakan kaedah penyemburan angin lebih tertumpu kepada kenderaan jenis2 lama atau 'oldschool' atau nak lebih mudah lagi, sistem penyejukkan enjin yang terdapat pada motosikal berkuasa rendah. Dimana, sistem ini dilengkapi dengan sesirip2 yang terdapat di luar blok enjin. Kebiasaannya, sesirip2 tersebut terdiri dari bahan aluminium bagi memudahkan menyedut keluar haba yang terhasil apabila penghasilan tiupan angin yang kuat..


Dengan itu, sistem penyejukkan enjin ini amat penting bagi sesebuah kenderaan untuk memastikan tahap kepanasan enjin kenderaan akan sentiasa berada ditahap suhu yang sepatutnya dan dapat dikawal. Supaya, enjin kenderaan kita akan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Samada anda percaya atau tidak, menurut kajian sains yang pernah saya baca, sistem penyejukkan enjin kenderaan boleh mengurangkan haba yang terhasil oleh 2 buah rumah bersaiz sederhana!! Wow..!! Hebat sistem penyejukkan enjin nie...sapa la nyer idea buat mende nie...bagus betol la...

Peugeot Hoggar

Hah..hah..ok..kali nie..saya nak citer skit pasal kete keluaran Peugeot..Ada sesapa penah dgr x pasal Peugeot Hoggar nie..?? Pasti ada yang tau...


Ok...bg yang x penah dgr pasal Peugoet Hoggar nie...saya akan menceritakan serba sedikit pasal kete keluaran Perancis nie...

Peugoet Hoggar nie..merupakan kete keluaran Perancis pada tahun 2003 setelah diperkenalkan pada satu program 'autoshow' di Geneva Motorshow. Bukan sebuah kereta yang biasa kita lihat di jalan2 raya...tapi adalah sebuah model 'Buggy' dan agak unik yang mengenengahkan teknologi kejuruteraan HDi..

Peugoet Hoggar ni adalah sebuah 'sportcar' yang boleh dipandu didalam keadaan yang lebih ekstrim..bukit-bukau dan boleh 'panjat' divider...hah..hah..

Yang lebih menariknya, Peugeot Hoggar nie...memiliki hanya dua tempat duduk dan dua enjin depan dan belakang. Enjin belakang memberikan pacuan 4 roda. Kereta ini dilengkapi dengan rangka karbon di hadapan dan belakang. Tetapi, bagi menampung enjin tersebut, satu 'tubular sub-frame' telah direka bagi mengelakkan enjin tersebut berkemungkinan 'gugur' semasa pemanduan lasak...

Rangka karbon Peugeot Hoggar menggunakan dua 'wishbone' bagi meletakkan sistem suspensi dibahagian hadapan dan juga belakang yang disertakan dengan sistem 'anti-roll' pada setiap 'axle'...

Di bahagian enjin pula, bagi mengelakkan dan mengurangkan tahap geseran, maka, pengeluar meletakkan kedua-dua radiator pada kedudukan 'windscreen'.

Dibahagian kotak gear, Peugeot Hoggar ini menggunakan kotak gear jenis ML 6C dengan kawalan 'electrically-controlled hydraulic' yang membolahkan penukaran gear dilakukan melalui 'control plate' yang terletak dibahagian bawah stereng.  Dilengkapi juga dengan sistem kawalan automatik sepenuhnya.

Peugoet Hoggar ini memiliki kelebihan yang jarang-jarang ada pada kereta lain, iaitu, ia boleh juga dipandu dengan hanya menggunakan satu dari dua enjin tersebut.

Di bahagian dalaman pula, Peugeot Hoggar nie, dilengkapi dengan sistem 'Ultra High-tech', kulit dan bahan2 aluminium yang tahan lasak. Tempat duduk terdiri dari jenis 'alloy' dan kulit yang bermutu tinggi. Tidak ketinggalan juga, bagi menjamin tahap keselamatan para pemandunya, Peugeot Hoggar ini juga dilengkapi dengan sistem tali pinggang keledar.

Bagi peminat2 kereta jenis 'Buggy' nie...bole la jengok2 kete nie kat mana2...internet ker..majalah ker...tp..rasanya..kat Malaysia..Peugeot Hoggar nie x penah nampak...Tapi..bagi keseluruhannya, Peugeot Hoggar nie..memang sebuah kereta yang 'berbaloi' untuk dimiliki bagi penggemar2 4WD ataupun mereka yang sukakan kelainan dan fokuskan teknologi...

Spesifikasi:

Pengeluar: France
Keluaran:2003
Berat: 1300kg / 2866.0lbs
Enjin: 2 Diesel HDi Straight 4
Kedudukan enjin: Front and rear, transversely mounted
Kapasiti enjin: 2.168 liter / 132.3 cu in
Valvetrain: 4 valves / cylinder, DOHC
Suntikan minyak: Direct Fuel Injection
Aspirasi: Turbo
Kotak gear: 6 kelajuan transmisi manual
Pacuan: Kesemua roda (4WD)

Kancil 650

Haa...salam semua...kali nie satu lagi posting berkenaan kereta..Ya..Kancil 650. Apa istimewa sangat ngan Kancil nie..?? Hinggakan aku nak buat posting pasal Kancil nie..??

Kancil nie..x la istimewa sangat...cuma ada sikit 'sentimental value'. Pemiliknya adalah seorang wanita. Ya..seorang wanita...siapakah wanita tersebut..?? Jeng..jeng..jeng...!! Heh..heh...Kita x perlu la kisah sangat pasal tu...Mari kita tgk beberapa gambo yang sempat dirakamkan oleh aku sendiri...

Kancil 650 nie..merupakan kete 'standard' jer...xder ape yang dimodifikasikan..Cuma yang ditukarkan adalah kabel plug. Kabel plug ditukarkan kepada 'core' size 8mm. Agak besar tu...!! Untuk sebuah Kancil 650..dengan enjin 'standard'..memadaila dgn kabel plug saiz tu...Kang besar sgt..lain lak jadiknya..
Kabel plug Kancil 650 nie ditukarkan ke saiz lbh besar disebabkan kabel plug asal (original) telah terputus semasa proses penyelenggaraan pada suatu masa dulu...Disebabkan kabel plug asal x dpt dibeli pada ketika itu..pemilik membelinya dgn kabel ala2 'racing' gitu...Itupun selepas berbincang dan berbual2 ngan beberapa orang mekanik dan pakar kereta...

Selepas menukar kabel plug tersebut ke atas Kancil 650 td...ada sedikit perubahan terhadap Kancil 650 tu...Kuasa pecutan dan menaiki bukit agak jauh lbh baik dr sebelum nie...Maklumla..enjin Kancil 650 guna kaburetor kan..Tp..untuk guna plug 'standard' x berapa elok...plug 'rajin' kena tukor setiap kali servis...Kelemahan...

Kacil 650 nie bertahan selama 10 thn oleh pemiliknya...tiada apa2 yang ditambahkan lagi kecuali sistem audio, ditacap sikit..pastu sistem penggera ditukar kepada yang lbh baik...Untuk keselamatan semasa 'parking' kat mana2...Dan sistem penyerap hentak belakang menggunakan jenis minyak dan gas keluaran 'Monroe'...memberikan kesan yang agak stabil semasa amek 'lap'...

Tapi sekarang...Kancil 650 nie dah bukan jadi hak milik yang empunya...setelah 10thn berkhidmat, maka ia telah pun 'dilego'. Pemiliknya terasa sayang untuk meninggalkan 'teman baiknya' tu...tp..diatas sebab2 tertentu..maka terpaksala...

Sunday 18 December 2011

Aku dan Wira Pesona 1.8XLi

Salam buat teman-teman semua...

Diharapkan anda semua sihat-sihat belaka hendaknya disamping orang dan keluarga tersayang. Di kala ini, sebelum merancakkan lagi perbualan, persoalan ataupun 'pertelingkahan'..aku ingin menceritakan kisah serba sedikit tentang kereta pertama yang pernah aku miliki pada suatu ketika dulu...


Ni la ruper kete Wira Pesona 1.8XLi aku...'standard' jerr...

Ya..kereta pertama aku...pada usia 25 tahun baru dpt beli kereta...itupun pun beli kete 'second-hand'. Bole la...dari xder langsung...Time tu susah sikit...sbb gaji x mantap mana...baru abis blajo...katakan...

Kereta tu..aku beli pd thn 2002...tu pun ajak member 'usha' pas balik keje...time tu..keje malam...
So..malam tu..sy bgtau kat member aku..yang aku nak pi carik kete...

Member tertanya-tanya gak kat aku..nak carik kete ape ekk..?? Aku bgtau..tgk mana yang mampu la...bole 'layan'...sambor jer..

Hari pun pagi...dengan x mandi..aku bertiga terus memandu ke Kulai..sbb area situ ramai orang kata..kete murah2...tp.. x la murah cam kedai 2 hinggit...hik..hik...

Usha punya usha...last-last terpandang satu kete...warna itam..mmg 'cun'....wira aeroback...

"Tokey..!! Ini kete bape..??

"Ini aa..?? Ini...lbh kulang 37 libu ooo..."

"Mahal nooo tokey..?? Kete tahun bile nie..??"

"Memang la mahal.....1.8 maa...wila pesona ooo..tahun...1995..."

"Iyer ker..?? Mana 1.8...ni 1.6 jer la tokey..."

"Lu x pecaye aaa...Mari sini tengok...!!"

Lalu tokey tu pun membuka bonet depan kereta..."Lu tengok..!! 4G93..ooo..!!"

"Fuyoo..!! 1.8 arrr..."

"Ini 1.8 single-cam maa....wila pesona...UK spec punyer..."

Lepas berbincang dgn tokey tersebut...aku setuju membeli kereta tersebut....(itupun lepas kene 'bakor' ngan kengkawan...citt..!!

Itu jer la..yang nak aku citer kat korang semua...kete yang x brapa hebat....apa yang penting..tu adalah kete pertama aku...Jadik...camner lak ngan korang semua..?? Apa kete pertama korang..?? Citer la skit...

Tu..kat bawah tu ader tmpt korang nak bgtau apa kete pertama korang..Bgtau la kat aku...bole kongsi-kongsi idea nti...kan...

Tu jer la buat stakat nie...aku rasa ngantuks la pulak...nti esok ker lusa ker..aku citer lg kat korang heh...

Salam...

p/s: sori ayat rojak skit...blasah jer la...

Salam Intro



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta sahabat-sahabat baginda.


Dengan ini, saya memperkenalkan blog yang akan membicarakan hal-hal tentang kenderaan, terutama sekali berkenaan kereta. Tak kira apa jenis kereta yang dimiliki samada ia merupakan kereta 'standard' mahupun kereta 'modified'. Coretan yang akan disiarkan bersumberkan pengalaman dan pengetahuan ataupun dari bahan bacaan. 

Memang dari dulu lagi saya teringin hendak mencoretkan sebuah blog menceritakan perihal kereta. Tapi apakan daya...ilmu tidak mencukupi pada waktu tersebut.

Dengan itu, disini, saya akan cuba mengumpulkan seberapa banyak yang boleh kisah-kisah dan hal-hal kenderaan anda. Sekiranya, anda mempunyai kereta yang 'menarik' dan berminat untuk saya siarkan di blog ini, sudi sudikanlah anda menghubungi saya di faiziblogger@gmail.com , atau anda juga boleh meninggalkan komen anda diblog saya dengan meletakkan alamat email anda.

Akhir kata, segala apa jua coretan yang dipaparkan disini berkemungkinan mempunyai kesilapan yang datang dari diri saya sendiri. Dengan itu, diharapkan anda semua dapat memaafkan segala kesilapan yang bakal muncul dan memperbetulkan kesilapan saya.

Wassalam..