Bengkel Kereta Xtreme

...adalah sebuah blog yang akan memaparkan perihal kereta...

  

Wednesday 21 December 2011

'Micro Compressor'

Adakah anda pernah terdengar mengenai 'micro compressor'? Saya percaya ada diantara telah pun 'familiar' dengan 'micro compressor'. Tetapi, bagi mereka yang baru mengenal dunia kereta, disini ada beberapa keterangan tentang 'micro compressor' ini.

'Micro compressor' merupakan suatu alat komponen tambahan bagi enjin yang ringkas, namun, mampu memberikan keputusan yang serta-merta dengan berkesan kerana telah dibina berdasarkan konsep dan teori yang canggih. Micro compressor mampu memberikan pemilik sesebuah enjin tahap prestasi dan tindakbalas yang lebih baik, terutama sekali ketika membuat pecutan.


Tidak juga hanya untuk prestasi enjin, malah 'micro compressor' juga mampu mengurangkan pengunaan petrol sehingga lebih kurang 35%. Ini berlaku kerana 'micro compressor' bertindak menyedut kemasukkan udara dengan kuantiti yang banyak ke bahagian dalaman enjin sewaktu proses pembakaran dilakukan. 



Selain itu, 'micro compressor' juga dipercayai dapat memanjangkan usia penggunaan palam pencucuh dan minyak enjin dengan proses pembakaran yang lebih bersih dan sekaligus berjaya mengurangkan sisa buangan. Ini telah dibuktikan melalui ujian yang telah dilakukan oleh PUSPAKOM, bahawa, dengan penggunaan 'micro compressor', ujian telah menunjukkan pengurangan tahap pencemaran yang berlaku. PUSPAKOM juaga telah meluluskan bahawa 'micro compressor' ini adalah sebuah alat yang mesra alam. 


Penggunaan 'micro compressor' adalah amat mudah dipasang dan sesuai digunakan dimana-mana kereta kerana ia dibina dengan rekaan yang kompak serta innovatif yang disertakan bersama dengan buku panduan pemasangan.


Hasil rekaan teknologi Jerman ini, 'micro compressor' diketahui umum, mampu menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna yang merupakan salah satu faktor terpenting dalam menghasilkan lebihan kuasa enjin. Sekaligus berjaya memanjangkan jangkahayat enjin kerana pengumpulan karbon dapat dikurangkan atas proses pembakaran yang sempurna tadi.


Dengan itu, 'micro compressor' adalah sebuah alat yang terbukti ekonomik dan praktikal untuk digunakan ke atas setiap kenderaan yang mampu memberikan tenaga tambahan serta menjimatkan penggunaan minyak mahupun diesel.

0 comments:

Post a Comment