Bengkel Kereta Xtreme

...adalah sebuah blog yang akan memaparkan perihal kereta...

  

Monday 26 December 2011

Pelincir X-1R Asas Teknologi Angkasa

Anda tentu pernah dengar tentang X-1R kan?? Kalau yang tak pernah dengar...meh sini sy citer skit pasal X-1R nie..


X-1R merupakan satu teknologi yang telah diciptakan untuk program2 angkasa lepas pada suatu ketika dulu. X-1R merupakan satu bahan pelincir yang terbukti mampu untuk meningkatkan prestasi kereta hingga ke tahap yang maksimum. Sejajar dengan itu, X-1R juga boleh juga mengurangkan penggunaan petrol dengan pembebasan asap ekzos yang tidak membahayakan selain mesra alam. Disamping dapat meningkatkan kuasa kereta, X-1R juga mampu memelihara enjin kenderaan dengan lebih lama dan baik.

Pada mulanya, X-1R telah membantu NASA, sebuah syarikat angkasa lepas, untuk menciptakan sejenis pelincir khas bagi kegunaan 'Space Shuttle Crawler' yang merupakan kenderaan terberat di dunia. Produk X-1R ini telah berjaya dicipta dan terbukti berkesan penggunaannya setelah berjaya membawa pasukan lumba kereta 'NASCAR' memenangi dan menjuarai beberapa perlumbaan.

X-1R terdapat didalam beberapa kategori pelincir, diantara yang utama ialah, X-1R Engine Treatment, X-1R Petrol Treatment dan juga X-1R Diesel Treatment.

Dengan penambahan sebotol X-1R Engine Treatment ke dalam minyak kenderaan anda, ia mampu meningkatkan prestasi kereta anda. Ini disebabkan, X-1R mampu menembusi bahan2 logam dengan meningkatkan kepadatannya untuk mengurangkan geseran yang berlaku, sekaligus, mengurangkan kehausan terhadap enjin tersebut. Ini juga terbukti dengan penggunaan X-1R untuk menghidupkan enjin ketika didalam suhu yang dingin atau sejuk.

Bagi X-1R Petrol Treatment pula, ia mampu memberikan lebih kuasa dan penjimatan penggunaan minyak kereta. Ini disebabkan oleh penggunaa bahan yang terdapat di dalam X-1R yang bertindak sebagai agen atau pemangkin yang merawat sisa-sisa yang merbahaya yang terkandung di dalam sistem minyak dan bahagian2 enjin kereta. X-1R Petrol Treatment ini mampu melindungi daripada kejadian hakisan berlaku dan karat terhadap sistem minyak kenderaan. Dengan itu, X-1R Petrol Treatment ini mampu memberi dan mengekalkan prestasi kenderaan sentiasa berada didalam tahap yang memuaskan.

Untuk kenderaan yang menggunakan minyak diesel sebagai medium bahan bakar, X-1R Diesel Treatment telah dicipta bagi membantu proses pembakaran yang lebih sempurna dan lancar disamping mengurangkan penggunaan diesel dengan memberikan lebih kuasa ke atas enjin. Ia juga terbukti berkesan menetang pertumbuhan alga ke atas enjin.

Dengan itu, dapat dikelaskan X-1R ini merupakan sejenis pelincir yang selamat digunakan dan mampu memberikan kelainan terhadap enjin kereta. Seperti bahan atau medium lain yang memberikan kuasa dan penjimatan minyak, X-1R mampu memberikan peningkatan ekonomi minyak diantara 7 - 10% dan sekaligus adalah selamat terhadap alam sekitar dengan pengurangan asap yang dilepaskan.

Produk-produk X-1R boleh didapati di beberapa kedai menjual barang-barang menjual alat ganti dan aksesori kenderaan atau pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia. Namun begitu, X-1R ini diedarkan di seluruh asia oleh Quantum Global Trading. Anda boleh mendapatkannya dengan harga yang amat memuaskan disamping dapat memanfaatkan jangka hayat kenderaan anda...Pendek kata, produk-produk X-1R ini memang hebat dengan kelasnya yang tersendiri..!!

0 comments:

Post a Comment