Bengkel Kereta Xtreme

...adalah sebuah blog yang akan memaparkan perihal kereta...

  

Monday, 19 December 2011

Sistem Penyejukkan Enjin

Bertemu lg kita kali ini...dengan artikel tentang sistem penyejukkan enjin. Apa yang anda tahu mengenai sistem penyejukkan enjin?? Ya..bagi kaum Adam..pasti mereka tahu apa itu sistem penyejukkan enjin..tapi..adakah mereka benar2 tahu bagaimanakah sistem ini berfungsi? Dan apakah kepentingan sistem penyejukkan enjin ini? Bagaimana ingin menjaga atau menyelenggara sistem penyejukkan enjin ini?? Haa...jadi..disini sy mencoretkan serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..bukanla hebat sgt ilmu nie...sekadar tahu atas dasar membaca dan bertanya...(tolong betulkan jika ada kesilapan)..


Sistem penyejukkan enjin ini, kalau kita lihat, terdapat di semua jenis kenderaan termasukla kenderaan udara, air mahupun darat. Dengan itu...sistem penyejukkan enjin ini adalah amat penting bagi memastikan enjin kenderaan kita dapat bertindak dan berfungsi pada tahap prestasi yang maksimum. 


Penggunaan dan fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah untuk memastikan enjin kenderaan akan sentiasa beroperasi dengan cekap dan baik apabila berada pada kadar tahap suhu tinggi yang setara. Ia juga mengelakkan enjin kenderaan tidak akan mudah menjadi terlalu panas dan boleh merosakkan enjin kenderaan anda. Sistem penyejukkan enjin ini bertindak dengan melepaskan haba yang dihasilkan ke udara. Senang kata, fungsi sistem penyejukkan enjin ini adalah bagi mengawal tahap kepanasan enjin kenderaan anda. Memanaskan enjin dalam waktu yang singkat dan mengawal suhu tersebut supaya kekal dengan setara...mudahkan?? Tentu anda dah faham sekarang serba sedikit tentang Sistem Penyejukkan Enjin nie..


Okla...sekarang kita lihat pula bagaimana asas sistem penyejukkan enjin nie..Sebenarnya, bahan bakar seperti petrol akan terus tebakar secara tetap di dalam enjin kenderaan kita dan menyalurkan haba yang dihasilkan melalui lubang ekzos. Tetapi adakah anda tahu..bahawa terdapat sedikit peratusan dari haba tersebut akan terus meresap ke dalam enjin dan meningkatkan suhunya??


Menurut kajian teori, enjin yang baik akan terus berada pada tahap suhu kekal 93 darjah celcius atau 200 darjah fahrenheit. Diwaktu ini, pengurangan pancaran akan berlaku dimana, kebuk pembakaran adalah cukup panas untuk mengewap bahan bakar yang disebabkan oleh pembakaran berlaku dengan lebih baik. Enjin kenderaan juga mampu bergerak dengan lebih baik disebabkan oleh minyak pelincir menjadi lebih cair sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga untuk menggerakkan komponen2 enjin tadi dan akan mengurangkan berlakunya 'kehausan' terhadap komponen2 tersebut dengan cepat..




Sistem penyejukkan enjin juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, sistem penyejukkan cecair dan juga sistem penyejukkan udara atau lebih dikenali dengan air-cooled. Kebiasaannya, sistem penyejukkan enjin jenis cecair terdapat pada kebanyakan kenderaan sekarang. Dimana, sistem penyejukkan enjin jenis ini menggunakan teknik membawa cecair yang terdapat di dalam radiator, yang kemudian disalurkan melalui 'waterpump' ke dalam sistem paip enjin dan melalui bahagian2 enjin, lalu menyerapkan haba tersebut dan menyejukkannya.


Ini berlaku secara kitaran. 'Waterpump' akan menghantar cecair yang terdapat di dalam radiator ke 'cylinder head' melalui sistem paip yang terdapat di dalam enjin. Cecair2 tersebut pula akan melalui termostat (pengawal suhu) dan menghantarkannya kembali ke radiator apabila termostat td berada dalam keadaan terbuka. Haba2 yang dibawa kembali ke radiator, akan dihembus oleh angin melalui gegelung2 yang terdapat pada radiator yang lebih dikenali dengan sistem 'heat-exchanger'. Dengan ini, suhu enjin akan sentiasa dapat dikawal.




Berbanding dengan sistem penyejukkan cecair, sistem penyejukkan enjin yang menggunakan kaedah penyemburan angin lebih tertumpu kepada kenderaan jenis2 lama atau 'oldschool' atau nak lebih mudah lagi, sistem penyejukkan enjin yang terdapat pada motosikal berkuasa rendah. Dimana, sistem ini dilengkapi dengan sesirip2 yang terdapat di luar blok enjin. Kebiasaannya, sesirip2 tersebut terdiri dari bahan aluminium bagi memudahkan menyedut keluar haba yang terhasil apabila penghasilan tiupan angin yang kuat..


Dengan itu, sistem penyejukkan enjin ini amat penting bagi sesebuah kenderaan untuk memastikan tahap kepanasan enjin kenderaan akan sentiasa berada ditahap suhu yang sepatutnya dan dapat dikawal. Supaya, enjin kenderaan kita akan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Samada anda percaya atau tidak, menurut kajian sains yang pernah saya baca, sistem penyejukkan enjin kenderaan boleh mengurangkan haba yang terhasil oleh 2 buah rumah bersaiz sederhana!! Wow..!! Hebat sistem penyejukkan enjin nie...sapa la nyer idea buat mende nie...bagus betol la...

0 comments:

Post a Comment